Program pertandingan E-sukan Musim ke 2 (Mobile Legend)
10 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2025, NADI dan KRT Taman Cempaka Putih telah berkerjasama menjayakan Program pertandingan E-sukan Musim ke 2 (Mobile Legend). Antara aktiviti yang diadakan adalah Taklimat Advokasi Klik dengan Bijak, memperkenalkan fungsi NADI kepada komuniti, Tujuan ia diadakan adalah memberi kebolehcapaian iaitu dengan platform mudah alih: Boleh dimainkan pada kebanyakan telefon pintar, pembangunan kemahiran iaitu meningkatkan pemikiran strategik dan kerja, Nilai pendidikan iaitu mengintegrasikan kandungan pendidikan dan latihan kemahiran insaniah berpasukan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian masalah dan semangat kesukanan.. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: